SIAPAKAH KAMI?

Semakin masa berjalan seperti sungai, kenangan indah kekal dengan EVYAP!

Kisah kejayaan yang bermula dengan impian besar di sebuah bengkel kecil pada tahun 1927 di Erzurum, Turki…

Prinsip terbesar pengasas Evyap, Mehmet Rıfat Evyap, adalah untuk menghasilkan produk berkualiti, kerana beliau telah memulakan pengembaraan beliau dengan salah satu simbol kebersihan yang paling semula jadiiaitu sabun.Hari ini, dalam rangka prinsip asas; produk yang dihasilkan dengan teknologi terkini ditawarkan kepada semua. Pada tahap kualiti yang tidak berubah dalam pelbagai kategori seperti sabun, mandian gel, syampu, produk cukur, krim penjagaan kulit, kosmetik wangi, lampin bayi dan ubat gigi; Evyap telah menjadi sebahagian daripada hidup yang tidak boleh ditukar ganti.

EVYAP melaksanakan bahagian penting untuk produk sabun dan penjagaan peribadi yang dieksport oleh Turki dan menghantar namanya kepada lebih daripada 100 buah negara. Eyvap telah mengilangkan produknya di 3 negara yang berlainan bersesuaian dengan piawaian Eropah dan di samping itu, ia juga telah membina kilan oleokimia yang terbesar di dunia di Malaysia.

Jenama penting seperti Duru, Arko Men, Arko Nem, Evy Baby, Fax dan Activex dihasilkan daripada EVYAP dan pada tahun 2006; kedua-dua Duru dan Arko telah layak untuk menyertai program Turquality. Selain daripdasa semua perkara di atas, penghargaan kepada EYVAPPORT yang mempunyai gelaran pelabuhan persendiriran yang ke-empat terbesar di Turki; ianya mempunyai pengaruh di arena antarabangsa.

Evyap mempunyai kajian dan pelaburan yang berinovatif, dan mengambil berat tentang penggunaan sumber semula jadi secara produktif. Evyap mempunya Pusat Penyelidikan & Pembangunan yang kuat, dan ia telah berusaha untuk menghasilkan produk penjagaan peribadi dan pembersihan dengan cara berorientasikan pelanggan. Mempunya lebih daripada 3,000 pekerja, Evyap adalah salah satu daripada 100 syarikat industry Turki dan membuat “pengeluaran kontrak” dengan jenama terkemuka dunia.

Bermula dengan minatnya terhadap sabun, Evyap akan terus berusaha demi masa depan yang lebih bersih untuk dunia dan negara kita berserta dengan segala kuasa yang sedia ada dan akan terus memperkayakan hidup anda.